AL- QURAN

  TETAMU

Free Hit Counters
:: syabab_G-HARD ::

  JARINGAN WEB

  RANGKAIAN BLOG

  AL-QURAN

  SISIPAN


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Azharian's 
Topsite

BLOGGER

Fikrah 9
Thursday, July 19, 2007
Berusaha menyatukan kefahaman Oleh kerana Al Imam Asy Syahid Hasan Al Banna begitu mengambil berat dalam menyatukan kefahaman di antara umat Islam dan supaya terhindar dari setiap perkara yg menimbulkan kesukaran dalam memahami lafaz, perselisihan atau perpecahan, kita dapati apabila beliau bercakap tentang nasionalisma, sufi, salafi dan sebagainya, beliau sentiasa mengatakan: "Jika yg dimaksudkan dgn nasionalisma itu begitu dan begini, maka kami bersama dgn nasionalisma. Tetapi jika dimaksudkan dgn makna yg lain dari itu, kami tidak bersamanya sama sekali." Kita tidak pernah mendengar beliau menghentam mana-mana jemaah secara terus tanpa membataskan maksudnya terlebih dahulu. Jadi beliau mengembalikan kita kepada "hakikat sesuatu perkara", maka dgn itu jelaslah makna yg dimaksudkan dan dapat menyempitkan jurang perselisihan.

Oleh itu wahai akhi da'i, kami mengharapkan agar saudara sentiasa berusaha mencari hakikat yg berada disebalik nama, supaya saudara tidak mengecam nasionalisma, kebangsaan, sufi dan nama-nama lain yg diperselisihkan oleh manusia tanpa membataskan makna yg saudara kehendaki terlebih dahulu. Kami juga berharap agar saudara menyedari bahawa sesetengah penulis Islam tidak memahami perkara ini dan tidak menyedari kepentingannya, lalu mereka mengecam mana-mana yg seperti tadi tanpa mengetahui adakah para pembaca bersetuju dgn kefahaman mereka terhadap lafaz-lafaz tersebut atau sebaliknya.

Di sana ada perkara lain yg ditunjukan oleh Imam Hasan Al Banna di dalam Risalah Ta'alim agar dapat membuka jalan kepada amal Islami yg serius. Beliau mendapati mana-mana umat, apabila mereka sibuk dgn amal, perdebatan akan berkurangan. Apabila umat tersebut ditimpa kelemahan dan kemunduran, semangat mereka akan gugur dan lebih sibuk dgn perdebatan dari amalan. Maka lahirlah di kalangan mereka Ilmu Kalam. Inilah maksud yg terkandung di dalam sabda Rasulullah saw yg bermaksud:

"Tidaklah sesat sesuatu kaum selepas berada di atas petunjuk melainkan mereka diberi perdebatan." [At Tirmizi:5/353 No:3253]

Kerana itulah kami melihat beliau berkata dalam Usul 20: "Membincangkan masalah yg tidak membuahkan amal adalah tergolong dalam perkara "memberat-beratkan" yg ditegah oleh syarak. Contohnya, membincangkan cabang-cabang hukum yg belum berlaku, membincangkan penafsiran ayat-ayat Qur'an yg belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan tentang kelebihan di antara para sahabat atau tentang perselisihan pendapat yg tercetus di kalangan mereka, semuanya adalah dilarang kerana para sahabat mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah saw. Mereka diganjari mengikut niat mereka, lebih-lebih lagi masalah takwil adalah dibenarkan." [Majmu'atur Rasail:391]Dengan usul ini, beliau mahu Umat Islam menjauhkan diri dari berdebat dan menunjuk-nunjuk kepada beramal.

Begitu juga kita melihat beliau dalam Usul Kesepuluh, selepas berbicara tentang pandangan Ikhwan Muslimin mengenai ayat-ayat sifat, bahawa mereka tidak berpegang kepada "takwil" atau "taktil" kerana bimbang kaedah yg baik ini akan dijadikan oleh sesetengah orang sebagai titik tolak untuk mengecam orang lain atau menyertai mereka dalam perdebatan panjang yg telah pun bermula semenjak lebih seribu tahun yg lampau dan berterusan sampai sekarang. Sebab itulah kita lihat beliau menyebut selepasnya: "Dan kita tidak akan menyentuh tentang perselisihan di kalangan Ulama', cukuplah dengan pengadilan Rasulullah saw dan para sahabat." Firman Allah SWT:

"Dan orang-orang yang mendalam pengetahuannya berkata: Kami beriman dengannya, semuanya dari tuhan kami." (Ali Imran:7)

Mungkin sebab itulah Imam Asy Syahid dalam usul Kesepuluh menarik perhatian kita bahawa ayat-ayat sifat adalah tergolong dalam perkara kesamaran. Inilah juga pendapat para imam yg terdahulu seperti Ahmad b Hambal, Ibnu Taimiyah, Ibn Al Qayyim, Ibnu Al Jauzi dan lain-lain ulama' salaf. Yang demikian itu adalah supaya perselisihan menjadi kecil dan tidak sampai ke peringkat munuduh kafir atau fasik.

Apabila saudara melihat ada orang yg berdebat dengan orang-orang yang mentakwil ayat-ayat sifat dan menganggap mereka sesat atau menolak kerjasama dengan mereka, maka ketahuilah bahawa beliau telah melanggar garisan Ikhwan dan garisan salafus soleh yg tidak terlibat sama sekali dengan perdebatan mengenai perkara-perkara tersebut sama ada di zaman Rasulullah saw atau pun generasi tabi'in. Sesungguhnya Ibnu Taimiyah berbeza pendapat dengan ramai ulama' di zamannya tentang ayat-ayat sifat dan seumpamanya, namun mereka semua melupakan perselisihan tersebut bahkan berdiri dalam satu saf ketika menghadapi Tartar yg merupakan musuh mereka semua.

[Pandangan Semula Kepada Risalah Ta'alim]
posted by Abu 'Asim @ 10:47 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Carian Islamik
Kata:
 

  PREVIOUS POST

  • Fikrah 8

  • Fikrah 7

  • Fikrah 6

  • Fikrah 5

  • Fikrah 4

  • Muktamar PAS kali ke 53

  • Fikrah 3

  • Fikrah 2

  • Fikrah 1

  • Mutiara Al-Banna

  •   ARKIB POST

      KOMENTAR

     

     syababghard@yahoo.com
    [ © Copyright syabab_G-HARD 1428H - All rights reserved ]