AL- QURAN

  TETAMU

Free Hit Counters
:: syabab_G-HARD ::

  JARINGAN WEB

  RANGKAIAN BLOG

  AL-QURAN

  SISIPAN


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Azharian's 
Topsite

BLOGGER

Fikrah 4
Thursday, June 14, 2007
JEMAAH ISLAM CONTOH
(petikan dari buku Sheikh Mustafa Mashyur, MursyidAlAam Ikhwan Muslimin)

Seperti kata-kata Saidina Ali (ra), "Janganlah kamu kenali sesuatukebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebutdahulu, nanti kamu akan kenali orangnya". Hatta, dengan jemaah juga,seseorang itu harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri jemaahtersebut sebelum menggabungkan diri kedalamnya.

Artikel ini adalah berdasarkan huraian Sheikh Mustafa Mashyur dalambukunya, 'Contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah' dan 'DakwahFardiah'. Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagaipanduan atau rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pilihandan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikantanggungjawab dakwah yang diwajibkan keatasnya. Pilihan seseorang itumemerlukan perincian yang halus, hikmah, penjelasan yang terang danmeyakinkan dan tidak terburu-buru. Dalam medan dakwah masakini,terdapat banyak jemaah-jemaah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, danhuraian ini juga tidak bertujuan untuk menimbulkan perbezaan danpersengketaan antara jemaah yang sedia ada, tetapi sebaliknyamengharapkan ianya dijadikan sebagai titiktolak bagi sesebuah jemaahtersebut untuk kembali kepada hakikat kesatuan ummah sejagatberdasarkan ciri-ciri haraki Islam yang dihuraikan.

Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah IslamContoh ialah :

1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segalaciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaahini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran,kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh daridorongan-dorongan Jahiliyyah seperti taa'sub kelompok (assabiyah),batas-batas geografi atau kenegaraan (nationalisma), dan seumpamanya.Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah inikearah kegagalan.

2) Jemaah Islam ini hendaklah menggunakan AlQuran dan Sunnah sebagaisumber rujukan, dan menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawahkehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya iamemberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhimesej dakwahnya.

3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepaduyakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan DaulahIslamiah Alamiyyah (Negara Islam Sedunia). Manhajnya (methodologi)adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah (saw) untukmencapai tujuan ini, dan juga apa yang disyariatkan oleh Islam (ijmakatau qias). Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam'perkara-perkara juzuk' dalam Islam seperti ekonomi, politik, ibadahdan sebagainya.

4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh(kesyumulan Islam) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalahbersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwahyang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw),dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaanpendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidaktertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islamadalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankanbahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatulummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifatalamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara IslamAlamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara IslamGeografi sahaja. (sila rujuk karangan Ustaz Said Hawa, 'Durus Fil AmalAlIslami')

6) Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan olehRasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yangdigunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah),beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli,melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, sertamengambil kira faktor persekitaran (waqi'). Baginda mementingkanperkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah,mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambilkira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi.Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individuIslam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulahDunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjatasebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepadaperpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya,pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula daridasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).

7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda danmenunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan danganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakandirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam danmenghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah),perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahajayang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalamberdakwah. Firman Allah swt, "Hai orang-orang yang beriman, janganlahsesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lainitu adalah lebih baik... jauhilah prasangka... janganlah kamumencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamumemakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telahmencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supayakamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantarakamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu"(Surah Hujurat:11-13)

8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna danrealistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontanataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana iniboleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkanindividu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islamdilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikanNegara Islam.

9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan danpekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, danilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islamdengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan caraberparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelutparti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranansebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapatmenyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul darifitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasamembuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidakmenganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara jemaahlain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaahlain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapisebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama. Hendaklah diasentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) denganjemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerimasegala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semuamengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran danperbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akandigantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang darisegenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupunpangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalahladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulusebelum mendirikan Negara Islam.

12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi(tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-caraberdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telahdididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yangterpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasiryang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yangdibawanya.

13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat danmenggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapatserta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegangtanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dankepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan.

14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samadadalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaanjemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakankekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnahdengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lariataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklahberteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa,tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amalyang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidakbertolak-ansur sedikitpun..

15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasayang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberisumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama-sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduanserta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku padaumat Islam keseluruhannya.

16) Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam,sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajatkepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasaberdakwah.

17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakanNegara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah yangdilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akandatang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang berimandan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allahswt dalam surah AlHadiid: 28, "Hai orang yang beriman, bertaqwalahkepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akanmemberi rahmatNya kepada kamu dua (2) bahagian, dan menjadikan untukmucahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akanmengampunimu".

18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan sertabergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidangseperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan,ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaanbaru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah,ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20) Jemaah ini sentiasa menketakutan yang dialami. Mereka ini akan terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah,sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulahorang-orang yang derhaka".
Demikianlah penjelasan yang terperinci mengenai marhalah ini. Apa yangbaik itu sesungguhnya bersumberkan dari Allah swt, dan segalakekurangan itu adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri.
posted by Abu 'Asim @ 11:54 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Carian Islamik
Kata:
 

  PREVIOUS POST

  • Muktamar PAS kali ke 53

  • Fikrah 3

  • Fikrah 2

  • Fikrah 1

  • Mutiara Al-Banna

  •   ARKIB POST

      KOMENTAR

     

     syababghard@yahoo.com
    [ © Copyright syabab_G-HARD 1428H - All rights reserved ]