AL- QURAN

  TETAMU

Free Hit Counters
:: syabab_G-HARD ::

  JARINGAN WEB

  RANGKAIAN BLOG

  AL-QURAN

  SISIPAN


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Azharian's 
Topsite

BLOGGER

Fikrah 1
Sunday, April 22, 2007

KEFAHAMAN TERHADAP DAKWAH ISLAMIYYAH

(Dari Madrasah Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna)


Kalau kita perhatikan lebih jauh, dakwah Islam hari ini memiliki beberapa permasalahan yang tidak dapat kita ingkari. Yang sangat nyata adalah masalah perselisihan di antara kelompok-kelompok dakwah. Seandainya permasalahan ini dibiarkan berlarut-larut maka akan merugilah ummat Islam. Bila kita telusuri lebih jauh, bebarapa pertanyaan mungkin akan muncul: adakah jalan yang jelas ke arah mencapai tujuan? Apakah dakwah Islamiyah ini akan mampu bertahan dan menghadapi berbagai tantangan dan penyelewengan yang telah dan akan terjadi?


APA TITIK TOLAK DAKWAH?


Kita memulai dengan menanyakan satu pertanyaan yang amat mendasar: Apakah titik tolak dakwah itu? Seringkali kelalaian kita di dalam meresapkan arti titik tolak dakwah ke dalam hati membawa kebinasaan terhadap dakwah. Banyak kejadian dimana kefahaman terhadap titik awal dakwah telah pupus menyebabkan pupusnya pula makna dakwah. Dan ini sering memberikan kesan negatif kepada du'at maupun dakwah itu sendiri.


Dakwah seharusnya bermula pada jalan DAKWAH para NABI a.s. Mereka menyeru manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sadar bahwa inilah jalan kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.


Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya adalah syaithan dan konco-konconya yang menjelma melalui al-hawa' (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair (dosa-dosa besar), bid'ah-bid'ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalambentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan berasaskan Islam.


Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti, ataupun individu, dan sebagainya. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, yaitu semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi Adam hingga Rasulullah saw. Inilah dia hakikat dawah yang perlu kita dukung.
posted by Abu 'Asim @ 8:26 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Carian Islamik
Kata:
 

  PREVIOUS POST

  • Mutiara Al-Banna

  •   ARKIB POST

      KOMENTAR

     

     syababghard@yahoo.com
    [ © Copyright syabab_G-HARD 1428H - All rights reserved ]