AL- QURAN

  TETAMU

Free Hit Counters
:: syabab_G-HARD ::

  JARINGAN WEB

  RANGKAIAN BLOG

  AL-QURAN

  SISIPAN


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Azharian's 
Topsite

BLOGGER

Mutiara Al-Banna
Thursday, April 12, 2007

"Saya penuh yakin, jika anda mengamalkannya dan menjadikannya sebagai cita-cita hidup dan matlamat terakhir diri anda, balasannya ialah ketinggian di dunia, kebajikan dan keredaan Allah di akhirat. Justeru itu anda termasuk golongan kami, dan kami merupakan golongan anda. Tetapi jika anda melepas tangan dan berpeluk tubuh tidak menjalankan gerak kerjanya, terputuslah hubungan antara kami dan anda walaupun anda mengadakan berbagai majlis ceramah dan menyandang setinggi-tinggi gelaran dan menampilkan sebesar-besar kehebatan kepada kami. Nantilah Allah akan mengira dengan seberat-beratnya terhadap sikap anda tidak menjalankan gerak kerja ini. Oleh itu terserahlah kepada anda yang memilih sendiri, kami tetap berdoa untuk kami dan anda juga, muga-muga mendapat hidayat dan taufikNya." (Majmu'ah al-Rasa'il:3l) .
posted by Abu 'Asim @ 8:32 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Carian Islamik
Kata:
 

  PREVIOUS POST

  ARKIB POST

  KOMENTAR

 

 syababghard@yahoo.com
[ © Copyright syabab_G-HARD 1428H - All rights reserved ]