AL- QURAN

  TETAMU

Free Hit Counters
:: syabab_G-HARD ::

  JARINGAN WEB

  RANGKAIAN BLOG

  AL-QURAN

  SISIPAN


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Azharian's 
Topsite

BLOGGER

Fikrah 8
Saturday, July 7, 2007
Islah Rasulullah SAW bermula dengan Penekanan Dasar (FINAL PART)
Fahamilah bahawa Rasulullah SAW bermula dengan pembentukan INDIVIDU Muslim di mana ia dibina di atas asas yang betul lagi kukuh, di atas AQIDAH TAUHID ALLAH SWT. Tetapi realiti sekarang kita dibina dan dibentukdi atas tiang-tiangnya sahaja maka berlakulah perlaksanaan satu bentukkehidupan yang menerima DEENULLAH sebahagian dan menolak sebahagian. Iatidak menerima Islam sebagai SATU NIZAM yang sempurna dan syumulsepertimana "AS HABIQU NAL AWWALLUN" yang sentiasa dilatih, ditarbiah,dibentuk untuk menimbang sesuatu dengan "MIZAN RABBANI" maka lahirlahcorak hidup RABBANI iaitu dibentuk di atas rasa penuh tanggungjawabkepada Allah SWT.

Dalam hal ini Allamah Abu Al Hassan 'Ali Al Husni An Nadwi pernah berKata,
"RUPA BANGSA MUSLIM ITU IALAH AQIDAHNYA"

(Sukatan Tarbiyah Islamiyah Harakiyah; Al Syahid Syed Qutb, Fathy Yakan & Dr Abdul Karim Zaidan)
posted by Abu 'Asim @ 1:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Carian Islamik
Kata:
 

  PREVIOUS POST

  • Fikrah 7

  • Fikrah 6

  • Fikrah 5

  • Fikrah 4

  • Muktamar PAS kali ke 53

  • Fikrah 3

  • Fikrah 2

  • Fikrah 1

  • Mutiara Al-Banna

  •   ARKIB POST

      KOMENTAR

     

     syababghard@yahoo.com
    [ © Copyright syabab_G-HARD 1428H - All rights reserved ]