Islah Rasulullah SAW bermula dengan Penekanan Dasar 2 Dalam hal ini apa yang jelas kepada kita ialah bahawa Rasulullah SAWTIDAK memulakan dakwah baginda MELAINKAN dengan mengajak manusiamengikrar "KALIMAH TAUHID". Yakni menentukan Tasawwur,"LA ILAA HA IL LALLAH WA ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH' benar-benar difahami dan menjiwai hati setiap Muslimin. lniialah kerana di atas keteguhan Aqidah tersebut akan terbina pula SyariahIslamiah dengan penuh tabah dan berani, tanpa apa jua halangan, rintangandan tanpa terpikat dengan apa juga janji duniawi seperti harta kekayaan,pangkat dan kebesaran. Setelah Aqidah (LA ILAA HA ILA LALLAH) bertapa kuat di jiwa pengikut-pengikut Rasulullah SAW ketika itu, makaterlaksanalah pula IMAN kepada Islam sebagai satu sistem yang lengkapdalam semua bidang hidup dari KHALIQ.
Sistem yang sekiranya manusia beriman dengannya maka akan mengiktirafkankelemahan mereka dan mengambilnya sebagai satu sistem hidup mereka danmenolak sistem-sistem rekaan manusia kerana ia berpunca dari manusia yangbersifat lemah. Setelah terbentuk satu BARISAN SAHABAT RasuluLlah SAW,yang benar-benar mendukung tasawwur seruan yang dibawa oleh baginda makagugurlah berbala-berhala yang berselerakan di sekeliling mereka danlenyaplah segala macam adat jahiliah. Di atas keruntuhan tadi tertegakAQlDAH TAUHID bersama-sama dengan peraturan hidup baru yang serba lengkaplagi sempurna.
(Sukatan Tarbiyah Islamiyah Harakiyah; Al Syahid Syed Qutb, FathyYakan & Dr Abdul Karim Zaidan)
|