ISLAH RASULULLAH SAW 1 Rasulullah SAW, memulakan dakwah baginda dengan memperbetulkan aliranyang meghasilkan natijah-natijah dalam hidup. Yang dimaksudkan denganaliran di sini ialah jiwa manusia itu sendiri yang cukup 'complicated'(rumit). Baginda Rasulullah SAW TIDAK memulakannya melalui bidang politik, ekonomi, kemasyarakatan atau undang-undang, walaupun melalui bidang ini akan memudahkan baginda mendapatkan sokongan dalam masyarakatArab dan pembesar mereka sendiri, berdasarkan kewibawaan baginda dan berdasarkan tawaran pemimpin Quraisy 'Utbah bin Rabi'ah dengan tawarannya, "Kalau engkau mahu kepimpinan kami akan melantik kamusebagai pemimpin kami selama-lamanya." Rasulullah SAW tidak memulakan DAKWAH ISLAH baginda melalui aliran alirantadi, malah baginda memulakan dengan penekanan dasar iaitu 'PEMBANGUNANAQIDAH TAUHID ULUHIYATILLAH' semata-mata yang berpunca dalam hati dan jiwaseseorang adalah suatu perencanaan dari Allah SWT yang mesti dilakukanoleh baginda.
Inilah 'manhaj' yang harus kita mulakan iaitu mengikut jejak langkah Pendakwah Pertama kita, Rasulullah SAW dalam memperbetulkan keadaan umat manusia.
(Sukatan Tarbiyah Islamiyah Harakiyah; Al Syahid Syed Qutb, FathyYakan & Dr Abdul Karim Zaidan)
|