Islah Rasulullah SAW bermula dengan Penekanan Dasar 3 Jelaslah kepada kita bahawa apa yang dilakukan oleh junjungan besar kitaRasulullah SAW dalam usaha memperbetulkan masyarakat manusia, di manaRasulullah SAW tidak memulakan dengan kerja-kerja meruntuhkan berhalaberhala dan adat-adat Jahiliah terlebih dahulu, malah langkah awal yangdilakukan Muhammad SAW ialah membina Aqidah dan KeIMANAN dalam INDIVIDU. Baginda RasuluLlah SAW tidak juga memerintahkan sahabat-sababat agindamenceburkan diri dalam arena POLITIK dan urusan-urusan pemerintahan,SEBELUM jiwa dan hati benar-benar menghayati Aqidah dan keIMANAN mentauhidkan Allah SWT dalam kehidupan mereka. Individu yang dibentukoleh wahyu Allah ini menerima apa yang diperkenankan oleh AQIDAH TAUHIDALLAH semata-mata dan menolak apa juga yang tidak dipersetujui oleh aqidah tadi. Wajarlah hakikat ini tidak diabaikan oleh setiap pendakwah ataudipermudahkan kerana dengan berbuat demikian akan membawa kepada bahayabesar kepada dakwah kita dan pendakwah-pendakwah sendiri kerana ia akanmenghilangkan pedoman dan garis-garis dakwah.
Ketika itu kita akan menjadi pendakwah-pendakwah politik dan inginberkuasa semata-mata bukan sebagai 'Pendakwah Aqidah dan Islam'. Sekiranya berlaku demikian maka tidak ubahlah kita sebagai pemuja politikbukan 'Penegak Syariah'. Inilah punca kesalahan kita yang amat kitatakuti dalam usaha kita menuju matlamat ILAHI sebagai Ummah Muslimah, bergerak dalam HARAKAH yang berfikrah Islamiyah.
(Sukatan Tarbiyah Islamiyah Harakiyah; Al Syahid Syed Qutb, FathyYakan & Dr Abdul Karim Zaidan)
|